Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



kusyuk

Posted by Mr. Ben Saturday, December 12, 2009


Bismilla-hirrahma-nirrahim. Alhamdu lillahi rabbil 'alamin

assalammualaikum...
solat adalah mende penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim..
solatlah yang membezakan antara muslim dan yang bukan muslim..
solat juga dapat mengelakkan kita daripada membuat perkara kemaksiatan..
solat merupakan modul pentarbiahan paling penting.
solat nie terbahagi kepada dua iaitu zahir solat dan yang kedua batin solat..
aku tak nak bincang la tentang zahir solat nie..
aku cume nak bincang tentang batin solat je..
tu pun dalam bab kusyuk dalam solat..
kusyuk pun ade banyak cara nak capai ke tahap itu..
tapi aku nak bagi maksud ucapan-ucapan kita dalam solat..
sebab salah satu cara nak kusyuk ialah dengan memahami maksud2 ucapan dalam solat kite tu..
nie hanya tadabbur ayat sahaja..nak tahu tafsir die betul-betul kene rujuk ustaz dan kitab..

ok kite mulakan dengan doa iftitah
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allahseru sekalian alam. sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

doa qunut
Hai Tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin.Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara -perkara yang telah Engkau telah qadhakkan (hukumkan) Maka bahawasanya Engaku telah menghukum bukannya engkau Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi-Mu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepad Engaku. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

al-fatihah
aku tak tulis la die punye bacaan..korang pun mesti r dah hafal...

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang (1)
Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan seluruh alam (2)
Yang maha pengasih, maha penyayang (3)
Pemilik hari pembalasan(4)
hanya kepada engkaulah kami sembah dan janya kepada engkaulah kami mohon pertolongan(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
(iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat(7)

ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-Nya

ketika i'tidal
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya..ya Tuhan kami Bagi-Mu segala puji.

ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya.

ketika duduk antara 2 sujud
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
*afiatkanlah nie aku pun tak confirm maksud die..nanti aku tanye org lain dlu..kalo korang tau bg la tau aku..

Tahiyat awal
Segala ucapan selamatt yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad

Tahiyat akhir
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

ketika salam
Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.





nie aku rujuk buku
yang ditulis: Ahmad Sonhadji Mohamad
tajuk buku: Mari Sembahyang (perempuan)
penerbit: Syarikat Binyahya

segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan kepada saya..wallahua'lam

assalammualaikum
*kalo ada salah silap bley la bgtau aku..

3 comments

  1. Tam Says:
  2. aidil oh..
    aku akan jadi alim pas nih. :P

     
  3. aidil839 Says:
  4. bagus itu yg kite mau...:)

     
  5. Mr. Ben Says:
  6. insyaallah..:)

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)