Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



jauh perjalanan luas pemandangan (versi ke-2)

Posted by Mr. Ben Sunday, December 27, 2009 0 comments

Dah-dah ko ingat lalu tol bukit beruntung tu untung sangat la..pangkah tam secara kejam dan tidak mempunyai hati di perut..aku hanya menundukkan muka aku yang hensem..ye la aku kan saving takkan la nak ikut tol sungai buluh..mahal la skit..jawabku dengan nada seperti berbisik...ahh ko memang cakap lepas zohor nak gerak..last2 dekat asar baru nak gerak..abis aku lewat sampai rumah..ye la aku kan cakap lepas zohor boley pukul 1,2,3 mahupun 4 balasku masih lagi dalam keadaan seperti berbisik.. marah tam akhirnya dibendung apabila kami bergerak meninggalkan kawasan stesen keretapi Rawang itu

ini gambar stesen keretapi mane ntah aku pun tak sure sangat

sebenarnya tam a.k.a izham kamil tidak pernah melalui jalan yang aku gune untuk balik ke pahang..tam biasa gune jalan exit kat sungai buloh..(die biase gune ke..?) jadi beliau terpaksa mengekori kereta aku untuk pulang ke pahang menggunakan jalan yang lain..dah stop cerita bab jalan..bukannye nak jadi drebar lori pun..kami melalui jalan agak sibuk dekat bandar baru selayang yang meyusur ke batu caves..keadaan pemandu-pemandu kereta yang agak biadab membuatkan aku lebih berhati-hati (lebih drpd biasa) maklumlah jalan key ell bahaya skit..tu pun tak masuk lagi bandar key ell..

perjalanan kami diteruskan sehingga kami masuk ke lebuh raya pantai timur..cahaya bergemerlapan di dalam kepalaku pada waktu itu..sinar-sinar kebahagiaan (bukan sinar harian ataupun sinaran pasport kegemilangan) bekerdipan di dalam sanubariku kerana "pahang here i come babeh..!"hahaha...sape tak rindu kat kampung woo...kepala ku dah ngantuk sebenarnya waktu tu..seb baik la kakak aku tu pandai jugak bawak kete..aku dan dia(tam) saling kejar mengejar di kaki genting highland sambil berbalas-balas msg

tam: ko kat mane weyh
aku: aku depan ko ahhh
tam: hahah takpe nanti aku keja ko balik..
aku: keja la keja la keja la (metafora drpd penulis)

dan sewaktu kami berpisah di petronas karak aku tak berhenti pun teman tam hehe..sebenarnya aku conpius..aku ambil jalan side kat belah kanan skali so nak kona masuk simpang petronas dah tak sempat..jadi convoi kami berakhir disitu..

kereta ketika tam memotong

pemandu berhemah(sangat berhemah)


lori yg last post patut mencontohi lori ini

awas ye adik2 kenderaan lebar

and last but not least..dulu saya pakai ex-5 sekarang saya pakai 5-series






ps*kepada tam dan semua yang rase die terlibat, cerita ini mengandungi unsur metafora dan perumpamaan lebih kurang yang agak kronik..jadi stay cool... =)


Pada 27 aribulan nov yang lalu aku telah pulang ke halaman rumahku di kuantan pahang, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam (membawa dengan slow) itu dihiasi dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai hari pulangku. tam yang juga membawa kereta sama seperti ku iaitu perodua kancil memecut slow pada kelajuan 90kmh/jam kerana dikhuatiri ade polis-polis yang menangkap gambar kelakuan kami..memang tak dapat disangkal lagi naluri lelaki seperti tam itu memang buas..walaupun sudah diingati oleh bapaknya (tam anak bapak) beliau tetap memecut secara mengkerbau buta yang selalu berkeliaran di tepi jalan sebelum tiba di tronoh..sungguh degil budak tam nie..kami tiba di tol bukit beruntung pada waktu lewat petang.

Pada waktu itu pekerja-pekerja daripada kilang perodua sedang berlumba-lumba ke rumah masing-masing kerana mendapat berita yang rumah mereka sudah berlari meninggalkan mereka. berita yang disampaikan itu menyebabkan jalan menjadi sesak sehingga ada yang menggunakan alternatif lain. Sejurus selepas itu aku dan tam pergi menunaikan solat di mana ek aku pun dah lupe..ade la masjid ke surau area2 situ..kemudian kami menuju ke stesen keretapi rawang..disana aku diyakinkan oleh kakak ku untuk tiba di stesen rawang pada pukul 5pm tetapi oleh kerana driver train itu cirit-birit agaknya menyebab train terpaksa ditunda sehingga menyebabkan kekusutan dan kesibukan di key ell sentral. akhirya kakak ku tiba juga di stesen keretapi rawang dalam agak-agak pukul lapan. tam yang daripada tadi dimarahi oleh ayah die kini sedang "panas" kerana aku dan kakak ku singgah pulak makan..menambahkan lagi masa untuk tam pulang ke rumah...at last lepas makan kitorang pun bergerak la...dan aku berpisah dengan tam dekat petronas karak heheh korang tau kan kalo penah pegi la..

Pada pendapat aku perjalanan yang memenatkan itu sangat best wacakaplu hahaha..dibawah ini ade la skit gambar-gambar yang sempat diambil waktu driving hehe. Bersambung.....


kereta tam kancil yang ade cermin belakang ganas tu

saje je tangkap gambar signboard


bahaya betul la lori bawak batu nie...takut aku..

Puasa di Bulan Muharam

Posted by Mr. Ben Thursday, December 24, 2009 0 comments



Dari Buku Al-Futuhat al-Haqqaniyyah oleh Shaykh 'Adnan Kabbani (Damaskus)

1. Hadist Narrasi dari Ibn al-'Abbas r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapa saja yang berpuasa dihari akhir Dhul Hijjah dan berpuasa dihari pertama Muharram, maka dia seperti berpuasa sepanjang tahun sebelumnya dan Allah swt memberikan ganjaran pembebasan dosa selama 50 tahun."

2. Hadis Narrasi dari Anas r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapapun yang berpuasa dihari Jumat pertama di bulan Muharram, maka Allah akan memaafkan dosa tahun yang terdahulu, dan siapapun yang berpuasa tiga hari dibulan Muharram - Kamis, Jumat, dan Sabtu, maka Allah akan menuliskan pahala beribadah selama 900 tahun."

3. Hadis Narrasi dari 'A`ishah Ibu orang Mu'min r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapapun berpuasa disepuluh hari pertama di bulan Muharam sampai dengan hari Asyura, dia akan diberi ganjaran Surga Firdaus."

4. Puasa 'Asyura adalah sunnah Mu`akkadah, yaitu sunah yang sangat tinggi nilainya dan dianjurkan. Ketika Nabi saw melihat orang Yahudi berpuasa di hari Asyura di Madinah, Nabi saw bertanya untuk apa kalian berpuasa, dan mereka berkata bahwa hari Asyura adalah hari dimana Nabi Musa as dan bani Israil diselamatkan Allah dari kejaran Firaun. Maka Nabi saw berkata, Aku lebih berhak kepada Nabi Musa as dari pada kalian kaum yahudi, maka Nabi saw puasa dihari itu dan memerintahkan ketaatan. Ini adalah bagian hadist yang diriwayatkan dari 'A`isyah r.a.

5. Nabi saw berkata, Siapapun yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram), Allah akan menuliskan untuknya ganjaran seribu tahun doa dan pahala umur seribu tahun, dan dikaruniakan pahala seribu syahid dan pahala setara dengan Nabi Isma`il a.s., dan dituliskan untuknya 70 Istana disurga dan mengharamkan darahnya dari api neraka."

6. Dalam hadis yang lain Nabi saw berkata, "Siapapun yang berpuasa dihari Asyura dia akan diberi ganjaran pahala puasa 1000 malaikat. Dan siapapun yang membaca al-Ikhlas "Qul Huwa Allahu Ahad" seribu kali [1000] pada hari 'Asyura, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan Rahmat dan akan ditulis padanya diantara para Siddiqqin [Orang yang Jujur dan Benar]."

7. Didalam hadis yang lain Nabi s.a.w. berkata , "Berbedalah kalian dengan kaum Yahudi dengan berpuasa satu hari sebelum Asyura dan berpuasa di hari Asyura ( 9,10 Muharam). "

8. Siapapun yang solat sunah 'Asyura [4] empat rakaat sunnah dihari 'Asyura, dimana masing-masing rakaat setelah fatihah dibacakan 11 kali surat al-Ikhlas "Qul Huwa Allahu Ahad", maka Allah akan menghapuskan dosanya selama 50 tahun dan akan dibangun untuknya Mimbar dari Cahaya. Dan siapapun mandi suci (gusl) pada hari 'Asyura, maka dia tidak akan sakit pada tahun itu kecuali sakit yang menyebabkan kematian dan siapapun yang memakai celak mata (Kuhl) dimatanya maka dia akan dibebaskan dari sakit mata selama setahun penuh.

9. Doa 'Ashura: dengan membaca "Hasbun Allahu wa ni'mal wakil, ni'mal Maula wa ni'man Nasir" [70 x], dan membaca : "Hasbun Allahu mil-al Mizan wa muntaha-l 'ilma, wa mablaghal rida, wa zinatul 'arsh, la malja-a wa la manja min Allahi illa ilaihi. Subhan Allahi 'adada-sh- shaf`i wal 'arshi, wa 'adada kalimati Rabbina-t taamma! ti kulliha. As-aluka-s Salamata bi Rahmatika Ya Arham Ar-Rahimin, wa la hawla wa la quwwata illa billahil 'Aliyyil 'Azhim. Wa huwa hasbii wa ni'mal wakil, ni'mal Mawla wa ni'man Nasir. Wa Sallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in." [7 x].

10. Jika sejam sebelum Azan Magrib dihari menjelang Asyura mereka duduk menghadap kiblat dan menyelsaikan amalan harian Tariqah dan kemudian bertawasul kepada Sayidina Husein ra dan para Syahid/Syuhada Perang Karbala yang pada hari itu meninggal syahid bersama dengan Sayyidina al-Husayn ra maka Allah akan memberikan kemurahan hatiNya. Dan setelah berbuka puasa maka hadiahkan puasa dan bacaan dzikir harian tadi kepada Nabi saw untuk pembukaan samudera rahasia pada tanggal 14 Muharram.

11. Merupakan tradisi dari ajaran Mawlana Sultan al-Awliya' Shaykh 'Abdullah al-Daghistani q.s. untuk berkurban 2 domba/kambing pada hari Asyura dan dibagikan kepada orang miskin.

Diambil dari Al-Futuhat al-Haqqaniyyah oleh Shaykh 'Adnan Kabbani

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Posted by Mr. Ben Monday, December 21, 2009 0 comments

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
[klik sini]

doa awal dan akhir tahun

Posted by Mr. Ben Thursday, December 17, 2009 0 comments

sedar tak sedar kite selangkah masuk ke tahun baru kelendar islam
awal muharam..jadi aku disini nak provide doa..
nie pun aku amek kat internet jugak copy paste je..smoga bermanfaat..


bacaan selepas asar



bacaan selepas magrib



kusyuk

Posted by Mr. Ben Saturday, December 12, 2009 3 comments


Bismilla-hirrahma-nirrahim. Alhamdu lillahi rabbil 'alamin

assalammualaikum...
solat adalah mende penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim..
solatlah yang membezakan antara muslim dan yang bukan muslim..
solat juga dapat mengelakkan kita daripada membuat perkara kemaksiatan..
solat merupakan modul pentarbiahan paling penting.
solat nie terbahagi kepada dua iaitu zahir solat dan yang kedua batin solat..
aku tak nak bincang la tentang zahir solat nie..
aku cume nak bincang tentang batin solat je..
tu pun dalam bab kusyuk dalam solat..
kusyuk pun ade banyak cara nak capai ke tahap itu..
tapi aku nak bagi maksud ucapan-ucapan kita dalam solat..
sebab salah satu cara nak kusyuk ialah dengan memahami maksud2 ucapan dalam solat kite tu..
nie hanya tadabbur ayat sahaja..nak tahu tafsir die betul-betul kene rujuk ustaz dan kitab..

ok kite mulakan dengan doa iftitah
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allahseru sekalian alam. sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

doa qunut
Hai Tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin.Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara -perkara yang telah Engkau telah qadhakkan (hukumkan) Maka bahawasanya Engaku telah menghukum bukannya engkau Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi-Mu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepad Engaku. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

al-fatihah
aku tak tulis la die punye bacaan..korang pun mesti r dah hafal...

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang (1)
Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan seluruh alam (2)
Yang maha pengasih, maha penyayang (3)
Pemilik hari pembalasan(4)
hanya kepada engkaulah kami sembah dan janya kepada engkaulah kami mohon pertolongan(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
(iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat(7)

ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-Nya

ketika i'tidal
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya..ya Tuhan kami Bagi-Mu segala puji.

ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya.

ketika duduk antara 2 sujud
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
*afiatkanlah nie aku pun tak confirm maksud die..nanti aku tanye org lain dlu..kalo korang tau bg la tau aku..

Tahiyat awal
Segala ucapan selamatt yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad

Tahiyat akhir
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

ketika salam
Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.





nie aku rujuk buku
yang ditulis: Ahmad Sonhadji Mohamad
tajuk buku: Mari Sembahyang (perempuan)
penerbit: Syarikat Binyahya

segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan kepada saya..wallahua'lam

assalammualaikum
*kalo ada salah silap bley la bgtau aku..

Posted by Mr. Ben Tuesday, November 24, 2009 3 comments

yes hari nie aku telah menjawab last paper aku..wargggggggg...lepaskan geram pasal sungguh penat aku study tapi masih kurang memuaskan jawapan yang aku tulis dalam paper exam tu..huhu
camne nie..aku sungguh risau.. lagipun geology aku dah la teruk..aku pun tak tau la camne sekarang nie..harap2 aku dapat 3.0 pointer n above je..dean list memang tak dapat dah rasenye..
sangat sedih.. patutnye first year la nak score..tapi hurm tak tau la nak cakap ape..pegi lantak la..exam dah lepas dah. malas la dah nak pikey-pikey. next sem usaha lagi..

besok aku balik..balik drive sorang-sorang tapi berdua dengan sorang lagi member yang bernama tam pastu ambik kakak aku kat rawang..pastu bermula la perjalanan aku ke kuantan.. tak silap aku 6-7 jam jugak r..huhu penat..dulu aku nyaris-nyaris masuk gaung pasal ngantuk.. peringatan kepada siape-siape yang drive tu..kalo ngantuk berhenti..minum kopi ke..bagi hilang ngantuk tu.. kang tak pasal-pasal masuk gaung.. tapi besok pagi aku ade meeting..tapi aku rase abis sekejap je..

(mungkin kerata aku jadi camnie nanti)

aku harap cuti aku balik nie ade la event best-best. aku nak sangat tengok drag lagi..bley jugak aku usya-usya enjin yang sesuai nak dimasukkan ke dalam kereta wma aku tu..cepat sikit aku sampai kuantan kalo pakai enjin best haha..dalam fikiran sekarang adalah l5 dan l2s..tapi aku cam nak amek l5 je..tapi tak tau r..tengok la camne nanti..duit pun baru nak kumpul..lambat lagi nak cukup..kene fikir idea-idea untuk mengembangkan wang aku la kalo nak cepat...

sekarang waktu aku menulis blog adalah petang, tak tau dah nak buat ape..penat masih terasa..
ingat nak basuh kereta tadi..tapi member yang disebutkan diatas telah tido dengan nyenyak..tak jadi la pulak nak basuh kereta..aku pun dah penat tulis nie..k la chow dulu..selamat pulang rakan-rakan..haha

salam..beringat..

Posted by Mr. Ben Thursday, November 19, 2009 0 comments


kat mane-mane pun aku jalan. aku selalu nampak ade 'kapel' sedang meeting..
meeting ape aku tak tau la mungkin membincangkan masalah kewangan keluarga sebelum berkahwin wallahua'lam..tapi gaya meeting tu agak pelik.. kadang-kadang rasa meluat, kadang-kadang rase ishhh best nye kapel sgt romantik jalan tepi tasik..kadang-kadang astagfirullahala'zim melampau-lampau.. manusia memang mempunyai fitrah untuk berkasih-sayang antara lelaki dan perempuan. tapi fitrah tu mesti lah disalurkan ke tempat yang betul.."dah tu kalo tak kapel macam mane nak cari perempuan kalo nak kahwin nanti" tanya zack dengan gaya macho.. Zack.. kapel adalah haram..Islam dah dah ade cara untuk mencari perempuan untuk dijadikan permaisuri dihati ko tu.. tapi kebanyakkan orang salah tafsir dengan cara yang digunakan oleh Islam. ade yang comment..kalo camtu kite tak kenal la dengan bakal isteri kite pasal sebelum berkahwin tak boleh nak kapel.. ushh salah seorang budak sekolah menengah mengajukan soklan yang tak termasuk dalam soklan SPM..sebenarnya adik.. dengan cara islam juga kite dapat mengenali perempuan itu lebih pricise bak kata omputih melalui kawan-kawan die, teman rapat die, aku kat sini tak boleh la nak cerita panjang sangat sebab ilmu tu masih belum cukup..nak maklumat lebih lanjut korang semua boleh la bertanya kepada ustaz2 ataupun ustazah2..nie aku pulak nak tanya..korang-korang yang kapel nie..korang boleh tau ke sifat sebenar perempuan tu..? kan sebelum kahwin semua sifat buruk mesti tak tunjuk punye dekat pakwe/makwe korang tu.. ha jawab2..jangan pulak korang bukak novel2 cinta(bukan islamic pasal sekarang nie dah banyak novel cinta islamic) nak jadikan sebagai rujukan.. sepatutnya ape yang menjadi rujukan kite..? bak kata raja lawak musim berape ntah..lu pikey la sendiri.. kalo kite tengok balik kisah-kisah pompuan mengandung sebelum kahwin tu..selalu je cakap laki tak bertanggungjawab la tinggal kan diorang..dah yang diorang pegi pakai pakaian yang menjolok hidung tu buat ape..?
dah kene ayat ngan laki..pastu cair.. pastu tak de ape r pegi wad bersalin pulak r sambil menyusahkan atuk dan nenek baby tu.. satu lagi la pasal pakaian nie.. kebanyakkan wanita nie tak faham konsep menutup aurat nie.. pakai tudung tapi nampak dada, pakai tudung dan tak nampak pun dada tapi pakai pulak seluar jeans ketat..ala-ala urban la konon-konon nye.baru r tak nampak kampung sangat kan abang2 hensem.. fahaman nie patut diperbetulkan..kita nak cantik di mata siapa sebenarnye..? lu pikey la sendiri untuk kali kedua...aku yang sebagai lelaki nie pun tak terlepas untuk melakukan kesalahan..maklumlah manusia tu memang sifat die macam tu ade nafsu jugak..tapi jangan la pulak jadikan ia sebagai alasan untuk kite terus melakukan kesalahan..
untuk sedikit motivasi untuk kite berubah sila klik sini. sesungguhnya balasan Allah tu nikmat nye tak terhingga kalo kite membuat ape yang di suruh, meninggal ape yang dilarang-Nya..dan balasan-Nya amatla pedih kalo...kalo tak tahu jugak aku tak tahu la nak cakap ape.. aku nak mintak maaf la kalo ade yang terasa dan bahasa agak kurang sopan. tapi kita mestilah beringat antara satu sama lain..wasalam..

hari itu

Posted by Mr. Ben Wednesday, November 4, 2009 0 comments

"betul ke sudin"tanyaku buat kali kedua. "betul" balas sudin selamba. aku terus kusyuk mendengar cerita sudin mengenai sebuat tempat yang terletak berhampiran rumahnya..
suasana kelas 2 manggis pada hari tu seungguh sepi. tapi kadang-kadang terdengar jugak budak perempuan bergosip tentang laki2 kacak di sekolah itu.terdengar jugak name aku disebut-sebut. aku memang selalu mancing ngan mandi kat sungai tu. memang best wa cakaplu.. kat situ gak ade landasan keretapi. waktu kitorang tengah mandi dengar kertapi melintas semua geng2 aku tayang body. saje je takut ade wartawan sinar harian tangkap gambar ke..bley la masuk paper.. aku rase sudin sudah menyimpang jauh daripada ceritanya..tak silap aku kawasan tu keretapi arang batu ade r. aku biarkan sudin meneruskan ceritanye tanpa banyak soal.. kalau diikutkan hati nak je aku pangkah die. mungkin untuk menjaga reputasi seorang kawan, aku menyabarkan mulut ku ini. dah tu lepas ko tayang body ko buat ape..? tanyaku sengaja untuk membuatkan sudin rase terharu kerana aku merupakan pengikut setia cerita merapunya. lepas tu kitorang ape lagi sambung mandi la..air die punye la sejuk sampai ade geng aku sorang nie cramp kaki die..nasib baik r ade anak doktor kat situ..die la yang tolong member aku tu. la aku pun boleh tolong spontan hati ku berkata-kata. ade sekali tu aku ngan geng aku jumpa ular sungai.
ko tau tak ular tu punye besar..besar lagi daripada tengkuk ko..kata sudin penuh bersemangat seperti dialah orang yang pertama menjumpai ular sebesar itu (rumah sudin tidak mempunyai astro waktu tu so tidak dapat siaran discovery channel ataupun animal planet).
"semua bangun" tiba-tiba terdengar suara menjerit.
bangang betul la budak2 nie...
saje kenekan aku..
time aku tido la nak buat lawak macam nie..

rise..fall..rise again..

Posted by Mr. Ben Tuesday, November 3, 2009 0 comments


assalammualaikum

bermula cerita aku dengan bengang di dada..
tatkala melihat seseorang yang sombong di mata..
walaupun die tak sombong sebenarnye..
tapi kelakuannye membuatkan aku rase..
nak terajang darab penampar di muka..


mengape..?
sebab die mebuatkan hari ku gundah gulana..

bukan nak kutuk ataupun mengata...

dah hati dah tak suke..

jangan la pulak ade yang terase
ini aku reka-reka je..


sememangnye anjakan paradigma yang aku impi
disulami istiqamah dan kaizen bak kata orang yang makan sushi..
apakan daya..cakap senang la brader sorang nie

lu pikey la sendiri....

episod hidup mesti terus dipentaskan..
walaupun penonton dah meninggalkan dewan..
tinggal hakim je la nak buat pengiraan
abisla aku kalau tak terkawal..

sekian coretan hidup hari ini..

GifteD

Posted by Mr. Ben Thursday, October 15, 2009 0 comments


beTul ke aDE mANUSiA Gifted ade ManuSia tak..? Aku seLalu Pikey YanG Aku niE tAk gifted. aku Cakap Nie daLam bab PelajarAn. Aku tgk Ade oRang Rilek2 Je Tapi resuLt gemPak. Yang Aku nie struggle La.. TaPi resuLt macaM tu gaK

Skrg Aku munGkin Dah pahaM Dah BerdasArkan Satu PerisTiwa...Peristiwa Aku Buat quIz Dalam Lecture,Ade sorAng mamAt niE, bLey Kata otai La daLam Subjek Static. suBjek Nie macam fiZik la.. Tibe2 akU tgk Die Tak boleY nak Buat soklaN Tu, akU tgk Die strugglE Gle Buat soklAn tu. Aku Tiru Buku Je soklan Tu. So senang La Aku buat

Waktu tu La aku Sedar yanG otai Tu bukan La pandaI sangat@gifted. Tapi Die berusaha Sedaya Upaya Nak Belajar sebaB tu La die Dapat Gelaran 'otai' tu. die Akan Cube Buat soklan Sampai Die dapat tanpa meNiru Macam aku. Same gak sifat Die dalaM belajar

Kesimpulannya bagi aku memang Ade oRang Yang Gifted Tapi JanGan jadikan Itu Sebagai alaSan Untuk Kite tak berusaha. sesiaPa yanG berusaHa

InsYAllah akan Berjaya

KesEdihaN

Posted by Mr. Ben Tuesday, October 6, 2009 0 comments


bila Manusia sedih... ape diorang akan buat...? kalau aku... aku akan layan perasaan.. hari nie aku sedih... sambil sedih aku tulis blog... kenapa aku sedih..? biasalah manusia kalau tak dapat kemahuan mereka... mereka akan sedih, terkilan dan ofcoz sedih..
macam mana nak hilangkan rasa sedih.. ade satu cara yang paling mujarab.. ingatlah Allah... kita hanya hamba-Nya tak ade ape-apepun... namun selalu je kite lupa.. bile kite gembira... bile kita dapat ape yang kita nak.. aku pun same je... bile gembira terus jadi lalai..bila sedih baru la sedar diri nie hanyalah manusia yang lemah..
manusia mudah lupa termasuklah aku..

..tu yang sedihnya..

10 wAsiat HasAn Al-banNa

Posted by Mr. Ben Friday, September 11, 2009 2 comments


kali Nie guA rasE cam naK kongsI ilMu sikit dAripada aPa yg Gua dapaT smaLam..
nie diE waSiat DariPada Hasan Al-baNna....

1)apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun kerana di situ terletak sumber kejayaan

2)Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia

3)Berusahalah sedaya-upaya untuk menguasai bahasa Arab. Kegagalan menguasai bahasa Arab merupakan satu malapetaka bagi umat islam
4)Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan
5)Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6)Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara

7)Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
8)Jauhi daripada megumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan

9)Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah bekasih sayang dan berkenalan

10)Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, dan singkatkanlah masa perlaksaan sesuatu perkara, lakukan ia seringkas mungkin, tetapi juga tepat.

Semoga WasiAt niE MemberIkan Kita keseDaran..Maklumlah manusia Itu siFatnye Pelupa..Iman pUn tuRun dan Naik..

chow salam....


tAk KeruaN

Posted by Mr. Ben Thursday, September 10, 2009 1 comments


..aku penat..
..penatnye aku..
..sape lg penat..
..korang ke aku..
..aku penat..
..petang nie ade kelas..
..aku kene pergi ke..dah-dah
..dah aku dah lewat nak gi sembahyang jumaat..
..chow..

blOg dAn peRmulaAn

Posted by Mr. Ben Friday, September 4, 2009 0 comments


salam...ape kabar semua...semalam gua letih buat 2 test tanpa henti..
gua memang style bersama rakan2 yg lain..malam tadi tetiba gua ingat nak
bukak akaun blog satu..last2 skrg baru gua nak post..tapi selalu je ade problem..

gua pun heran ar..gua dah r sejak kebelakangan nie slalu je rase nak terajang orang...

dengan masalah budak2 yg gua harus lalui membuatkan gua rase tension..
rase nak kasi flying kick macam biase bruce lee buat je....ape2 hal pun nie adalah post gua yg pertama untuk blog nie..

k Slamat membaca


klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)