Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Pegang Babi

Posted by Mr. Ben Friday, June 11, 2010


Assalammualaikum semua.hari ini piala dunia sudah bermula. Setiap manusia dengan gelagat masing-masing dalam melayan hobi mereka. Tetapi saya tidak, kedatangan musim piala dunia merupakan episod biasa dalam menempuhi hari-hari seorang hamba Allah.
Saya memang tidak ambil peduli sangat sebenarnya tentang bola, akan tetapi saya tidak pula sampai membenci, cuma orang kata "biase-biase" je la.

Bercakap mengenai trend permainan bola sepak yang kini sudah sampai ke musimnya, saya juga tidak terlepas daripada memerhati trend2 lain yang terdapat di sekitar saya, terutamanya yang dibawa oleh arus media massa ataupun lebih spesifiknya media elektronik. Media elektronik seperti televisyen, internet serta radio membawa impak besar dalam diri setiap individu. Ia seolah-olah menjadi mesin pukau abad baru dalam mempengaruhi manusia dalam keadaan mereka "sedar" yang mereka dipengaruh.

Mengapa saya berkata bergitu..? Kita boleh lihat di depan mata kita sendiri perkara-perkara yang dibawa oleh media terutamanya televisyen sering memaparkan kisah-kisah yang meraka sendiri halalkan sedangkan dalam Islam hukumnya haram. Halal atas tiket "niat mencari rezeki". Tidak usahlah kita menuding jari kepada sesiapa jika masalah sosial sering berlaku dalam kalangan remaja zaman sekarang. Kisah-kisah hubungan percintaan sebelum kahwin dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan seolah-olah menjadi alat kebanggaan kepada mereka untuk dipamerkan kepada umum supaya menjadi hiburan dikala sunyi.

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, mana lagi elok memegang babi atau memegang individu yang bukan muhrim. Ketika itu ilmu didada masih cetek, terus memilih memegang individu bukan muhrim lebih elok jika dibandingkan dengan memegang babi.
Nyata sangkaan saya ketika itu meleset jauh, hakikat yang sebenarnya memegang babi itu tidak berdosa haya perlu samak kerana ia najis tetapi memegang individu bukan muhrim tanpa sebab musabab merupakan satu dosa.

Trend hari ini terbalik, ada orang melayu bergambar memegang babi kecoh satu dunia.
Tetapi ada orang melayu pegang/bersentuhan dengan bukan muhrim menjadi idola kesayangan.Begitulah dunia zaman sekarang, mereka sedar yang mereka dipukau..alasannya anda fikir la sendiri. Saya pasti mereka yang termasuk dalam golongan di atas memegang satu prinsip yang telah dijana oleh mesin pukau abad moden ini. Tak perlu bertekak lidah siapa yang benar siapa yang salah jika Al-Qran dan As-Sunnah dijadikan sumber rujukan ke-3. Rujukan pertama ialah nafsu, rujukan yang ke-2 ialah trend.

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, dunia ini hanya sementara,tidak adil dan bermacam-macam lagi. Dunia ibarat tempat untuk kita mengumpul dana untuk akhirat. Jadi janganlah kita terpengaruh dengan dunia yang sementara ini. Ingat la sahabat-sahabat nanti di syurga ada juga orang yang akan merasa kecewa. Kecewa kerana mereka mendapat syurga dibawah. Mahukah kita merasa kecewa selama-lamanya..? Mahukah kita diakhirat nanti mendapat syurga dibawah sedangkan kita hanya dapat melihat orang lain mendapat syurga diatas SELAMA-LAMANYA. Sedangkan syurga dibawah itupun tidak terbayang oleh fikiran kita. Jadi kita seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan amalan supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang kecewa.Penghuni syurga diatas boleh melawat syurga dibawah akan tetapi penghuni syurga dibawah tidak boleh melawat syurga diatas. Ingat kehidupan diakhirat ialah selama-lamanya, kehidupan didunia hanyalah sementara.

Sekian dari saya(salah silap tolong betulkan)manusia lemah
751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

2 comments

  1. emm..nih drpd hadith nabi kn ??.....btw thnx 4 da info & advice

     
  2. Mr. Ben Says:
  3. erm kalo tak silap saya hadith, sebab saya dengar nie dah lama dah. so igt2 lupa. Maaf segala kekurangan :)

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)