Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Almost Paradise

Posted by Mr. Ben Tuesday, July 20, 2010


Assalammualaikum.



Dunia nie kalau siapa yang tak laju cepat merebut peluang maknanya dia akan ketinggalan selama-lamanya. Macam mana nak ubah selama-lamanya menjadi temporary..? Kena ubah attitude lah jawapannya. Semakin lama aku hidup di atas bumi nie semakin banyak aku belajar. Belajar control perasaan, itulah yang paling penting bagi aku. Kalo cakap pasal perasaan nie mesti korang ingat cinta la ape la kan..tapi sebenarnya lebih luas lagi. Korang pernah dengar tak term (pengorbanan perasaan)..? Contohnya macam nie- perasaan korang memang tak nak terima sesuatu itu tapi korang terpaksa juga menerimanya. Paham tak..? Contoh lagi, korang terpaksa mengorbankan perasaan korang yang nak belajar kat universiti teknologi petronas kerana masalah kewangan keluarga. Jadi belajarlah control perasaan. Ini sangat penting untuk anda melalui hidup-hidup yang hanya merupakan titi ke alam akhirat yang kekal abadi. Sekarang nie, nak control perasaan suka terhadap perempuan pun payah inikan nak korbankan perasaan DEMI sesuatu yang lebih baik iaitu untuk agama Islam..
Semakin hari semakin banyak kisah-kisah remaja bebas bergaul ditayangkan di televisyen. Dah la kisah-kisah drama tu orang-orang melayu kita yang berlakon. Kalo orang mat salleh yang bukan Islam tu kira takpe la pasal diorang memang tak faham Islam. Cuba kita kaji balik, jika lepas tengok drama tu, ada budak-budak kecik terpengaruh pastu nak mula berkapel. Saya bukanlah pandai nak kutuk je, tapi cubalah fikir secara lebih mendalam tentang perkara sebegini. Bila ada kes zina ke buang bayi ke, kita mula mencari jalan penyelesaian tentang masalah yang berlaku. Sebenarnya masalah sebenar dia adalah bermula dari pengaruh yang terdapat di alam sekeliling.
Kepada anda yang sedang berkapel tu bahawasanya kapel itu haram. Rujuk la ustaz-ustaz ke i luv islam ke..dan tak yah la nak berbalah-balahan sesuatu yang sudah terbukti haram. Cuma kadang-kadang kita tend terjurus untuk membenarkan sesuatu yang bahagia bagi kita tetapi sebenarnya salah. Satu lagi saya ada mendengar nasihat daripada abang sorang nie. Die cakap manusia nie memang ada perasaan cinta ke love ke, tapi cara kita untuk mengawal perasaan tu je sebenarnya yang penting.Tak yah layan sangat perasaan kita tu. TAPI..kita tak boleh la nak cakap aku tak nak kahwin la nak membujang sampai umur 70 tahun ke. Perasaan itu memang fitrah. Jadi jangan layan sangat perasaan cinta-cintun tu sebelum kahwin.
Budaya yang suka hiburan. Ya saya suka hiburan jugak. Saya juga minat bersukan dan sebagainya. Tapi apabila orang suruh kita mengikut cara islam dalam berhibur kita cakap orang tu extreme plak. Sebenarnya kita yang dah terlalu extreme sebab melanggar garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Percampuran laki dan perempuan serta persembahan dilakukan oleh artis perempuan yang berpakaian kurang sopan menyebabkan kita hanyut dalam hiburan yang melalaikan itu. Bersukan pun digalakkan dalam islam tapi mengapakah ada diantara kita nie yang tak tutup aurat..?Wajib kita tutup aurat.! Tak kira la laki ke pompuan, bab menutup aurat menjadi perkara yang sangat penting kerana apa..? Kita tak tahu hati-hati disekeliling kita nie. Ada diantara mereka yang tersengat kurang selesa dengan pakaian kita. Jadi saya harap anda-anda yang faham akan situasi ini hendaklah menyampaikan kepada orang lain tidak kira la medium ape pun.
Amar Makruf Nahi Munkar. Amar makruf tidak bergerak berseorangan akan tetapi die bergerak bersama Nahi munkar. Jadi jom la kita jalankan tugas kita sebagai seorang ISLAM :)






751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

4 comments

  1. nice post.. :)

     
  2. Mr. Ben Says:
  3. thanks ara. sama-sama la kita bermuhasabah :)

     
  4. Kuri Kuri Says:
  5. like this one..
    yeah found utp blogger too

     
  6. Mr. Ben Says:
  7. hehe thanks azry..

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)