Aku nak melancong tapi tak tahu mane nak pergi. Bajet pun adalah bajet seorang pelajar universiti. Maksudnya takde la banyak sangat duit. Aku pun search la kat internet tempat-tempat menarik, dan aku terpandang la satu tempat nie..menarik jugak la.. tempat nie dekat je ngan tempat aku..
Ha nie die tempatnya..PULAU TIOMAN.. bahasa inggeris TIOMAN ISLAND.
Pulau tioman terletak dekat pahang. Lokasi sebenar die aku tak tahu la sangat. tapi dekat-dekat ngan johor dah sebenarnya. Kalo nak gi mersing ikut jalan rompin tu mesti nampak la banyak sign board nak gi pulau tioman. Cakap pasal rompin nie dah aku rindu rumah lama aku dulu tempat aku membesar menjadi seorang yang agak skema tak seperti abang2 aku yang lain.Bajet yang aku agak2 mesti kene ade dalam poket kalo aku pergi 3 hari 2 mlm
makan-rm 80
hotel-rm300
pengangkutan-rm100
tapi aku rase lagi murah kalo gi ramai2 2-3 bijik kereta ke..baru best..
Nie die peta serba sedikit boleh membantu orang2 yang tak pernah pergi pahang.
Disini aku letak beberapa link untuk maklumat Pulau Tioman
http://www.tioman.com.my/
http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=tioman http://www.cuti.com.my/Sub/Pahang/guide_tioman.htm
http://www.malaysiahotels.net.my/malaysia/island/tioman.htm
Cuti sem dah hampir tiba.. aku nak gi melancong la..

0 comments