Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Bukan Basikal Fixie

Posted by Mr. Ben Sunday, August 14, 2011 0 comments

Assalammualaikum, salam ramadhan semua. Kali ini saya nak story sikit pandangan saya tentang basikal fixie sebenarnya. Basikal fixie ini kebiasaannya untuk yang berlumba dekat trek sahaja. Namun sekarang ia dah menjadi lifestyle geng2 urban dan sub-urban. Tidak lupa juga golongan kampung yang memang pakai fixie pun (basikal tua). Namun begitu saya tak tahu la kenapa saya agak kurang senang jika yang naik basikal fixie tu pakai legging. Kalau ye pun nak style2 tutup la aurat. Saya tak tahu la style jenis apa yang diorang cedok? Anda tahu tak style apa..?

Saya sebenarnya lebih prefer basikal mountain bike. Saya bercita-cita hendak memiliki sebuah mountain bike. Namun harga yang agak mahal menyebabkan saya fikir dua sehingga tiga kali samada ingin membelinya atau tidak. Harga 2-3 ribu kalau dibeli mertabak mau boleh belanja satu kampung (begitulah calculation mudahnya)

Cuma satu sahaja yang membuatkan saya tertarik dengan basikal fixie ini ialah cara untuk brek basikal ini kalau tengah laju-laju. Memang nampak stylo la. Tidak dinafikan, jika jatuh juga nampak 'stylo'. "Namun begitu latihan yang banyak perlu dilakukan", kata salah seorang peminat basikal fixie iaitu Sudin Fixie. Beliau dah lama start main fixie nie."Budak-budak sekarang nie yang baru nak naik nie tak tahu roh sebenar main fixie nie. Gua dulu main fixie memang sebab nak hantar tauhu pergi ke kedai-kedai pukul 4 pagi. Tapi budak-budak sekarang main fixie sebab nak tunjuk-tunjuk. Tu yang gua rasa tak bley bla tu", kata Sudin penuh kesal.

Menurut sudin sekarang beliau tengah mencuba beberapa jenis basikal lain untuk menambahkan lagi kemahiran berbasikal. "Semua gua dah try, ada beberapa je lagi jenis basikal yang gua tak try", kata sudin sambil menunjukkan album basikal beliau kepada saya. Beliau juga berharap subsidi untuk membeli basikal juga diberikan oleh pihak berwajib kerana ia dapat menggalakkan orang supaya Go Green. Saya mengangguk tanda setuju.


Antara impian Sudin Fixie


Menurut Sudin basikal jenis ini sekarang tinggal 4 unit sahaja di dunia.


Basikal jenis ini katanya perlu mendapat lesen B full untuk bawak


Ini pula ialah basikal yang menang dalam engineering exhibition.


Sumber-gambar
Cerita rekaan semata-mata






751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5


Realiti

Posted by Mr. Ben Friday, August 12, 2011 2 comments



Salam semua, apa khabar?

Dah lama rasanya saya tidak menulis blog, namun pada hari ini saya suka untuk berbincang mengenai sesuatu isu. Iaitu orang Islam yang malu nak tunjukkan identiti Islamnya. Pernah dengar tak isu nie..? Mesti pernahkan..ok2 takpe kalo tak pernah dengar, hari nie kita dengar isu ini. Memang banyak kes depan mata yang saya lihat orang Islam sendiri yang malu untuk tonjolkan identiti Islamnya. Siap backfire lagi kat orang-orang Islam yang tunjukkan identiti Islamnya. Saya pun tak faham kenapa perkara sebegini boleh terjadi kepada orang yang menggelarkan dirinya Islam. Anda tahu tak perkara ini berlaku?

Mungkin, tak tahulah betul atau tidak, ada yang beranggapan mereka nie jenis open minded, ikut trend semasa dan banyak lagi. Mereka kebanyakkannya duduk dikawasan bandar tempat tumpuan budaya-budaya baru masuk menyelinap dalam fikiran. Mereka lebih selesa menyesuaikan Islam dengan budaya baru dan bukannya menyesuaikan budaya baru dengan Islam. Sepatutnya budaya barulah yang perlu disesuaikan dengan Islam. Islam sebagai dasar dalam kehidupan. Sebagai contoh senang yang mudah dilihat didepan mata kasar, trend semasa ialah pakai legging (betul ke sebutannya?) tapi gadis tadi bertudung. Contoh kedua trend pakai baby-t (pakaian ketat) tapi bertudung dan siap pakai hand socks lagi. Maaf la saya cakap, mungkin ada sesetengah daripada mereka nie memang tak faham, that why yang pakai je ikut trend selagi mana masih bertudung dikira tutup aurat. Saya just nak tanya betul ke tidak tingkah laku mereka-mereka nie?

Saya kira anda semua sudah sedia maklum batas-batas aurat masing2. Kalau tak tahu, tanyalah encik google. Persoalan aurat bukan pasal pakai tudung sahaja tapi meliputi menjaga maruah seseorang. Contoh cara pemakaian ketat yang dapat menimbulkan ghairah lelaki (mencabar iman di bulan ramadhan), sebab tu la penting untuk mereka-mereka ini faham konsep menutup aurat yang sebenar. Nampak agak bias kerana berkisar tentang aurat perempuan sahaja kan.?

Sahabat-sahabat semua, bukanlah saya nak menghina ke apa, tapi seksaan Allah di akhirat kelak lagi berat. Ada ulama menggambarkan waktu di dunia ini adalah dengan seorang musafir di tengah padang pasir dalam perjalanan yang sangat jauh. Musafir ini lalu berehat sebentar dibawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan kemudian menyambung semula perjalanannya. Waktu musafir tadi berehat dibawah pohon tersebut adalah waktu hidup kita didunia ini. Sedar tak kita nie hidup singkat?


Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita sendiri yang membawa fitnah agama kita dihadapan mereka-mereka yang bukan Islam. Situasi ini memang selalu kita alami seperti orang Islam sendiri mengutuk sahabat Islam yang lain bersandarkan imej Islam yang dibawa. Contohnya "harap je pakai serban tapi selalu kutuk orang" "harap je selalu gi masjid tapi pakaian kotor/busuk" statement ini dijaja dimana-mana sehinggakan menampakkan orang yang membawa imej Islam ini buruk. Kita semua ini bukan malaikat, iman kita menaik dan menurun.
Tegurlah secara berhemah. Memang kita tidak nafikan orang-orang sebegini (yang membawa imej islam tetapi berkelakuan kurang baik) boleh membawa fitnah namun kita sebagai orang yang faham dengan agama kita tidak perlulah menjaja cerita itu kesana-kemari. Cukup saja dengan menasihati individu yang berkenaan. Jika anda menghebahkan cerita itu sehingga sampai ke pengetahuan non-muslim apakah pandangan mereka nanti. Jangan ikut emosi sahabat-sahabat.

Saya ingin mengajak anda semua supaya berfikir sejenak. Adakah kita sudah bersedia untuk dihisab dihadapan Allah..? Adakah kita sudah cukup amalan jika kita mati 30 minit akan datang..? Adakah kita terselamat dari api neraka Allah yang tidak terbayang oleh manusia kesengsaraan didalamnya..? Adakah kita selesa bertuhankan duit walaupun kita tidak menyembahnya..? Adakah anda rasa Islam hanyalah agama yang tiada erti untuk kehidupan..? Ingatlah sahabat-sahabat, nyawa kita dipegang oleh Allah s.w.t. Cinta utama kita tertumpu kepada Allah s.w.t. Berdoalah sahabat-sahabat agar kita didekatkan dengan kasih sayang Allah s.w.t. Insyaallah jadikan Ramadhan ini universiti terhebat untuk kita mentarbiyah diri ke arah satu misi mencapai keredhoan Allah. Wallahua'lam



751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5






klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)