Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Realiti

Posted by Mr. Ben Friday, August 12, 2011



Salam semua, apa khabar?

Dah lama rasanya saya tidak menulis blog, namun pada hari ini saya suka untuk berbincang mengenai sesuatu isu. Iaitu orang Islam yang malu nak tunjukkan identiti Islamnya. Pernah dengar tak isu nie..? Mesti pernahkan..ok2 takpe kalo tak pernah dengar, hari nie kita dengar isu ini. Memang banyak kes depan mata yang saya lihat orang Islam sendiri yang malu untuk tonjolkan identiti Islamnya. Siap backfire lagi kat orang-orang Islam yang tunjukkan identiti Islamnya. Saya pun tak faham kenapa perkara sebegini boleh terjadi kepada orang yang menggelarkan dirinya Islam. Anda tahu tak perkara ini berlaku?

Mungkin, tak tahulah betul atau tidak, ada yang beranggapan mereka nie jenis open minded, ikut trend semasa dan banyak lagi. Mereka kebanyakkannya duduk dikawasan bandar tempat tumpuan budaya-budaya baru masuk menyelinap dalam fikiran. Mereka lebih selesa menyesuaikan Islam dengan budaya baru dan bukannya menyesuaikan budaya baru dengan Islam. Sepatutnya budaya barulah yang perlu disesuaikan dengan Islam. Islam sebagai dasar dalam kehidupan. Sebagai contoh senang yang mudah dilihat didepan mata kasar, trend semasa ialah pakai legging (betul ke sebutannya?) tapi gadis tadi bertudung. Contoh kedua trend pakai baby-t (pakaian ketat) tapi bertudung dan siap pakai hand socks lagi. Maaf la saya cakap, mungkin ada sesetengah daripada mereka nie memang tak faham, that why yang pakai je ikut trend selagi mana masih bertudung dikira tutup aurat. Saya just nak tanya betul ke tidak tingkah laku mereka-mereka nie?

Saya kira anda semua sudah sedia maklum batas-batas aurat masing2. Kalau tak tahu, tanyalah encik google. Persoalan aurat bukan pasal pakai tudung sahaja tapi meliputi menjaga maruah seseorang. Contoh cara pemakaian ketat yang dapat menimbulkan ghairah lelaki (mencabar iman di bulan ramadhan), sebab tu la penting untuk mereka-mereka ini faham konsep menutup aurat yang sebenar. Nampak agak bias kerana berkisar tentang aurat perempuan sahaja kan.?

Sahabat-sahabat semua, bukanlah saya nak menghina ke apa, tapi seksaan Allah di akhirat kelak lagi berat. Ada ulama menggambarkan waktu di dunia ini adalah dengan seorang musafir di tengah padang pasir dalam perjalanan yang sangat jauh. Musafir ini lalu berehat sebentar dibawah sepohon pokok untuk melepaskan lelah dan kemudian menyambung semula perjalanannya. Waktu musafir tadi berehat dibawah pohon tersebut adalah waktu hidup kita didunia ini. Sedar tak kita nie hidup singkat?


Kadang-kadang kita tidak sedar yang kita sendiri yang membawa fitnah agama kita dihadapan mereka-mereka yang bukan Islam. Situasi ini memang selalu kita alami seperti orang Islam sendiri mengutuk sahabat Islam yang lain bersandarkan imej Islam yang dibawa. Contohnya "harap je pakai serban tapi selalu kutuk orang" "harap je selalu gi masjid tapi pakaian kotor/busuk" statement ini dijaja dimana-mana sehinggakan menampakkan orang yang membawa imej Islam ini buruk. Kita semua ini bukan malaikat, iman kita menaik dan menurun.
Tegurlah secara berhemah. Memang kita tidak nafikan orang-orang sebegini (yang membawa imej islam tetapi berkelakuan kurang baik) boleh membawa fitnah namun kita sebagai orang yang faham dengan agama kita tidak perlulah menjaja cerita itu kesana-kemari. Cukup saja dengan menasihati individu yang berkenaan. Jika anda menghebahkan cerita itu sehingga sampai ke pengetahuan non-muslim apakah pandangan mereka nanti. Jangan ikut emosi sahabat-sahabat.

Saya ingin mengajak anda semua supaya berfikir sejenak. Adakah kita sudah bersedia untuk dihisab dihadapan Allah..? Adakah kita sudah cukup amalan jika kita mati 30 minit akan datang..? Adakah kita terselamat dari api neraka Allah yang tidak terbayang oleh manusia kesengsaraan didalamnya..? Adakah kita selesa bertuhankan duit walaupun kita tidak menyembahnya..? Adakah anda rasa Islam hanyalah agama yang tiada erti untuk kehidupan..? Ingatlah sahabat-sahabat, nyawa kita dipegang oleh Allah s.w.t. Cinta utama kita tertumpu kepada Allah s.w.t. Berdoalah sahabat-sahabat agar kita didekatkan dengan kasih sayang Allah s.w.t. Insyaallah jadikan Ramadhan ini universiti terhebat untuk kita mentarbiyah diri ke arah satu misi mencapai keredhoan Allah. Wallahua'lam



751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5






2 comments

  1. betul tu abg aidil, saye setuju sangat...
    mantop la ketayapsuci, eh, kejorakita...

     
  2. Mr. Ben Says:
  3. Betulkah mereka nie memang malu nak tonjolkan imej islam..? atau ade perkara-perkara lain yang membuatkan mereka jadi begitu..?

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)