Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Belajar Buat Website Seperti Otai..?

Posted by Mr. Ben Saturday, October 9, 2010



Salam, sudah lama rasanya saya tidak membuat sebarang posting di belog saya. Kelihatan beberapa biji taik cicak yang berbau seperti taik kelawar disudut penjuru belog saya. Tidak lupe juga kepada labah-labah yang sedang dalam proses menyiapkan sarangnya yang baru masuk ke fasa kedua pembinaan kerana ada masalah dengan sub-kontraktor. Saya masih cool dan rilek membiarkan perkara itu berlaku kerana saya yakin selepas saya memberitahu satu berita ini, berterbanganlah dan musnahlah semua habuk-habuk dalam belog saya ini. Berita ini saya hanya kongsi dilaman maya. Dilaman sebenar saya merupakan seorang yang tidak berkongsi benda-benda furu' macam nie.


Berbalik kepada berita yang ingin saya sampaikan. Saya merupakan peminat atau penggemar subjek pembinaan website dan perniagaan online di internet. Saya ada terjumpa sesuatu yang amat berbaloi-baloi untuk penggemar ilmu membina website. Saya boleh katakan yang "program/seminar" ini merupakan satu seminar yang paling rugi la jika tak join. Saya sangat serius tentang hal ini kerana bayaran yang ditawarkan antara yang terendah di dalam Malaysia.

Pernahkah anda mendengar Joomla, dan wordpress..?
Adakah anda bercita-cita untuk membina website seperti ini
Ataupun website jual-jual barang macam nie
Saya takdela la nak promote sangat tapi ilmu nie sangat berguna jika anda bijak mengambil peluang. Kalo anda belajar buat nasi lemak dan bijak mengambil peluang anda pun dapat juga jadi jutawan. Cuma nak cakap peluang tu lebih banyak jika anda mahir ilmu-ilmu sebegini untuk mendapat kejayan dalam perniagaan. Waktu saya menulis belog nie seminar nie telah pun berlangsung. Saya tak tahu la kalo die akan open lagi. Baik la korang selalu update dengan web die nie

Akhir kata jika anda rasa anda nak buat duit dengan pembinaan website ataupun seangkatan dengannya, inilah seminar yang saya sangat recommend dan saya sangat-sangat nak pergi.
Tapi jika anda nak buat duit dengan affiliate ke , adsense ke, cpa ke, menjual nasi goreng ke, lebih baik anda tinggalkan website ini kerana anda akan jadi information overload. Banyak sangat info masuk dalam kepala.

Sebelum berundur anda tengok je la potensi perniagaan buat website ni di sini. Berapa harga untuk sebiji website..? Ambil calculator scientific dan kira la sendiri.
Wassalam

ps. kalo anda tak nak pun bgtau je kat member yang suke main game tu suruh die belajar buat website dapat jugak ilmu.






751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

2 comments

  1. Tablet Hati Says:
  2. salam w.b.t

    posting yang menarik
    kalau ICT student, buat website memang
    course project kami untuk subject internet programming,
    cume kami x digalakkan gune joomla kami gune
    dreamweaver yang banyak main dgan coding
    xsangke engineering student pun minat buat website

     
  3. aidil839 Says:
  4. wsalam
    owh camtu..saya rase joomla ngan wordpress nie sejenis (cms) kan..? Sama geng ngan drupal ke ape ntah. Sesuai untuk orang yang tak brape reti coding yang advance2 macam saya hehe.Untuk yang blaja buat coding sendiri rasenye memang kene plan website tu betul2 gune kompozer ke, dreamweaver ke. Neway nice comment, nanti bley la share ilmu coding ngan saya.

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)