Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Terima Kasih Semua..!

Posted by Mr. Ben Tuesday, October 19, 2010 3 comments


Salam kepada semua. Sudah 2 minggu berlalu, kenangan waktu pilihan raya kampus masih lagi segar diingatan. Maaf kepada sahabat-sahabat yang membantu kerana sejurus selepas pilihan raya saya terus bergerak kerja untuk convofair 2010.


Saya belum sempat untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Tidak lupa kepada semua penyokong saya yang menyokong waktu pilihan raya tersebut , saya amat menghargainya dan insyaallah saya akan melakukan yang terbaik untuk anda semua.

Memetik kata Ruba'i bin 'Amir kepada Rustam panglima tentera parsi:

إن الله بعثنا لنخرج الناس من عبادة العباد إلى عبادة الله وحده
و من ضيق الدنيا إلى سعتها و من جور الأديان إلى عدل الإسلام .

Sesungguhnya Allah telah mengutuskan kami untuk
mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama hamba kepada menghambakan diri kepada Allah yang maha esa,
(mengeluarkan manusia) dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat dan
(mengeluarkan manusia)dari kezaliman ideology kepada keadilan Islam.”

Lihat : Min Fiqhid Daulah Fil Islam
Karya Dr. Yusuf al Qaradhawi . Muka surat : 20
Cetakan Darul Syuruq Qaherah .

Saya juga amat memerlukan bantuan dan sokongan anda semua untuk membantu saya dalam memacu MPPUTP ke arah satu matlamat yang dikongsi bersama!
Saya bersama 6 orang lagi rakan lain yang menduduki kerusi tertinggi akan berusaha
sedaya upaya untuk menjaga segala kebajikan warga UTP.

Justeru, saya berharap agar setiap daripada kita lebih cakna dengan isu semasa di UTP,
Jika ada sebarang permasalahan, sila hubungi kami dengan segera. Kami akan lakukan yang terbaik untuk anda semua :)

hubungi di sini
atau di sini

Terimalah jutaan terima kasih daripada saya. Semoga kita bersama-sama berlumba kearah kebaikan. Download animasi comel untuk anda di sini
Wassalam dan jumpa lagi

751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

Belajar Buat Website Seperti Otai..?

Posted by Mr. Ben Saturday, October 9, 2010 2 comments



Salam, sudah lama rasanya saya tidak membuat sebarang posting di belog saya. Kelihatan beberapa biji taik cicak yang berbau seperti taik kelawar disudut penjuru belog saya. Tidak lupe juga kepada labah-labah yang sedang dalam proses menyiapkan sarangnya yang baru masuk ke fasa kedua pembinaan kerana ada masalah dengan sub-kontraktor. Saya masih cool dan rilek membiarkan perkara itu berlaku kerana saya yakin selepas saya memberitahu satu berita ini, berterbanganlah dan musnahlah semua habuk-habuk dalam belog saya ini. Berita ini saya hanya kongsi dilaman maya. Dilaman sebenar saya merupakan seorang yang tidak berkongsi benda-benda furu' macam nie.


Berbalik kepada berita yang ingin saya sampaikan. Saya merupakan peminat atau penggemar subjek pembinaan website dan perniagaan online di internet. Saya ada terjumpa sesuatu yang amat berbaloi-baloi untuk penggemar ilmu membina website. Saya boleh katakan yang "program/seminar" ini merupakan satu seminar yang paling rugi la jika tak join. Saya sangat serius tentang hal ini kerana bayaran yang ditawarkan antara yang terendah di dalam Malaysia.

Pernahkah anda mendengar Joomla, dan wordpress..?
Adakah anda bercita-cita untuk membina website seperti ini
Ataupun website jual-jual barang macam nie
Saya takdela la nak promote sangat tapi ilmu nie sangat berguna jika anda bijak mengambil peluang. Kalo anda belajar buat nasi lemak dan bijak mengambil peluang anda pun dapat juga jadi jutawan. Cuma nak cakap peluang tu lebih banyak jika anda mahir ilmu-ilmu sebegini untuk mendapat kejayan dalam perniagaan. Waktu saya menulis belog nie seminar nie telah pun berlangsung. Saya tak tahu la kalo die akan open lagi. Baik la korang selalu update dengan web die nie

Akhir kata jika anda rasa anda nak buat duit dengan pembinaan website ataupun seangkatan dengannya, inilah seminar yang saya sangat recommend dan saya sangat-sangat nak pergi.
Tapi jika anda nak buat duit dengan affiliate ke , adsense ke, cpa ke, menjual nasi goreng ke, lebih baik anda tinggalkan website ini kerana anda akan jadi information overload. Banyak sangat info masuk dalam kepala.

Sebelum berundur anda tengok je la potensi perniagaan buat website ni di sini. Berapa harga untuk sebiji website..? Ambil calculator scientific dan kira la sendiri.
Wassalam

ps. kalo anda tak nak pun bgtau je kat member yang suke main game tu suruh die belajar buat website dapat jugak ilmu.






751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)