Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



maklumat yang bersepah

Posted by Mr. Ben Thursday, June 10, 2010


Salam kepada semua pembaca.
Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat anda kerana saya akan tunjukkan cara membuat duit paling efisyen sekali yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana individu sebelum ini. sila download percuma rahsia saya menjana rm2000 sehari dengan online..! // pernah tak anda semua membaca iklan seperti ini..? bagi yang belum pernah membaca iklan sebegini ataupun mereka-mereka yang sungguh bersemangat untuk menjana duit online akan terus mendownload laporan tersebut dan terus membaca..selepas membaca mereka buka facebook..dan terus berchatting dengan rakan-rakan kerana cara yang diajar, malas untuk diprakktikkan..maklumat dah ada tapi malas..banyak sangat dah download cara nak buat duit nye..sampai tak terbuat satu pun daripada cara yang diajarkan..

Mengapakah situasi diatas berlaku..? Sebenarnya kita telah terpengaruh dengan iklan. memang itulah sebenarnya yang penjual mahu..mereka mahu iklan mereka dibaca dan mahu pembaca tidak sabar-sabar untuk membeli barangan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan..Tahniah kepada penjual kerana berjaya meyakinkan pembeli..jika anda merupakan seorang penjual, ilmu sebeginilah yang perlu anda pelajari dan bukannya ilmu "mencari produk yang sesuai dijual di internet"..Akan tetapi jangan hanya manis dimulut tetapi produk atau servis yang ditawarkan macam hampas. Ingat sebagai seorang perniaga kita terdedah dengan berbagai-bagai dugaan dan cabaran, jangan jadikan dugaan dan cabaran itu tiket untuk kita menipu.

Daripada kedua-dua perenggan diatas saya ingin menjelaskan kan kepada anda semua dua situasi:
1)Malas mengamalkan ilmu
2)Silap mempelajari ilmu

Setiap orang tidak semestinya memerlukan maklumat yang sama untuk dipelajari. sebagai contoh newbie seperti saya tidak akan faham jika membaca maklumat untuk "membuat laman web efektif" yang penuh dengan singkatan-singkatan dan istilah seperti html,cpanel,hosting,domain dan berbagai lagi. Saya sudah tentulah mahukan maklumat yang menerangkan apa sebenarnya perniagaan internet, istilah-istilah yang sering digunakan dalam perniagaan internet seperti affiliate,ppc,clickband,paypal,kad debit dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang sudah mempunyai produk sendiri sudah tentunya mahukan ilmu cara-cara berkesan untuk memasarkan produk serta mencari prospek yang berkualiti.

Saya mahu tegaskan disini ialah anda harus pandai memilih maklumat untuk dipelajari. Jangan sampai jadi 'information overload'. Terus terang saya katakan saya dulu banyak mendapatkan maklumat-maklumat tentang perniagaan di internet namun hanya sedikit sahaja yang dapat dipraktikkan kerana selebihnya saya tidak tahu dan tidak faham apa yang disampaikan dalam maklumat tersebut.Untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku anda hendaklah menilai sendiri diri anda untuk mengetahui tahap anda sekarang dimana.

1)Jika anda sudah berada ditahap penjual belajarlah selok-belok menjual.
2)Jika anda seorang newbie yang ingin tahu tentang perniagaan internet, belajarlah asas-asas dahulu.
3)Jika anda seorang affiliater yang mahukan jualan yang lebih banyak,belajarlah teknik-teknik advance dalam affiliate.dan seterusnya. :)

Cukuplah sampai disini sahaja saya kira.Ingat apa-apa pun anda sendiri yang menentukan diri anda. Yang selebihnya bertawakkal la kita kepada Maha Esa. Jangan berputus asa jika anda serius buat duit online. Saya ingat nak buat ebook lepas nie. Nantikan ebook saya hehe. Salam

751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

0 comments

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)