Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



Pemasaran Artikel- Zamri Nanyan

Posted by Mr. Ben Saturday, June 12, 2010 0 comments

Teknik pemasaran artikel sudah pun berubah.



Dahulu, anda tulis artikel dan sebarkan artikel yang sama ke ratusan direktori artikel. Sekarang, anda sebarkan artikel yang diolah daripada artikel asal menjadi artikel baru kepada ratusan direktori artikel ini.


Dari inilah terbitnya perkataan “article spinner” yang bermaksud olahan semula artikel.


EZ Article LinkJadi, gunakan “article spinner” untuk tukarkan setiap satu artikel yang anda tulis kepada banyak artikel unik yang lain berdasarkan kandungan artikel asal. Salah satu “article spinner” yang saya gunakan ialah EZArticleLink yang juga merupakan servis untuk menyebarkan artikel ke beberapa ratus laman web yang lain secara autopilot. Walaupun ada disediakan akaun “GOLD”, anda juga boleh gunakan servis ini secara percuma.


http://www.bisnesdigital.com/ezarticlelink


The Best SpinnerSatu lagi servis untuk “article spinning” ini ialah daripada The Best Spinner. The Best Spinner dikatakan antara yang terbaik tapi ianya bukan percuma. Anda boleh rujuk laman web berikut untuk maklumat lanjut berkaitan The Best Spinner.


http://www.bisnesdigital.com/thebestspinner


Jadi, fikirkan strategi ini apabila anda melakukan pemasaran artikel nanti. Untuk menghasilkan artikel, mungkin anda boleh tulis sendiri atau gunakan artikel yang mempunyai lesen “Private Label Rights” (PLR).


Sebagai contoh, saya berikan anda 2 artikel berbeza tetapi mempunyai kandungan yang sama di bawah. Kedua-dua artikel ini dihasilkan oleh EZArticleLink.


Artikel #1:



The dissimilarity between the stock market and the foreign exchange market is the vast trading that occurs on the foreign exchange market. There is millions and millions that are traded daily on the forex market, almost two trillion dollars is traded every day. The total amount is a lot more higher than the money traded on the everyday stock market of any country.


Artikel #2:


The difference between the stock market and the currency exchange market is the vast trading that occurs on the forex market. There is millions and millions that are traded every day on the foreign exchange market, close to two trillion dollars is traded daily. The amount is much higher than the money traded on the daily stock market of any country.


Walaupun kedua-dua artikel di atas adalah berbeza, kandungannya tetap sama.


Dan jika anda risau tentang kualiti artikel yang dihasilkan, tak perlu.


Ini kerana artikel yang dihasilkan ini adalah daripada “input” atau pengolahan anda semula dan bukannya dilakukan 100% oleh skrip. Bukan setakat pengolahan setiap perkataan, sebaris ayat pun anda boleh olah menjadi berbeza dari asal. Anda kawal bagaimana pengolahan artikel anda akan dilakukan. Jika anda hendak artikel ini diolah 50% daripada artikel asal, anda boleh lakukannya. Jika anda hendak ianya diolah sehingga 75% berbeza daripada kandungan asal, anda juga boleh lakukannya.


Satu lagi kelebihan yang anda pada EZArticleLink ialah anda juga boleh “outsource” atau upah orang lain untuk lakukan pengolahan ini untuk anda. Inilah caranya untuk anda yang ada bajet lebih tetapi tiada masa untuk lakukan pemasaran artikel – masukkan artikel PLR dan upah orang lakukan “spinning” (pengolahan).


Nasihat saya, jika anda ingin lakukan pemasaran artikel di dalam bisnes internet anda, lakukan strategi ini. Ianya lebih mudah, pantas dan mesra SEO. Walaubagaimanapun, jangan salahgunakan peralatan ini bagi tujuan yang tidak betul.


Mengenai Penulis



Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari strategi pemasaran affiliate yang berkesan. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave



751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

Pegang Babi

Posted by Mr. Ben Friday, June 11, 2010 2 comments


Assalammualaikum semua.hari ini piala dunia sudah bermula. Setiap manusia dengan gelagat masing-masing dalam melayan hobi mereka. Tetapi saya tidak, kedatangan musim piala dunia merupakan episod biasa dalam menempuhi hari-hari seorang hamba Allah.
Saya memang tidak ambil peduli sangat sebenarnya tentang bola, akan tetapi saya tidak pula sampai membenci, cuma orang kata "biase-biase" je la.

Bercakap mengenai trend permainan bola sepak yang kini sudah sampai ke musimnya, saya juga tidak terlepas daripada memerhati trend2 lain yang terdapat di sekitar saya, terutamanya yang dibawa oleh arus media massa ataupun lebih spesifiknya media elektronik. Media elektronik seperti televisyen, internet serta radio membawa impak besar dalam diri setiap individu. Ia seolah-olah menjadi mesin pukau abad baru dalam mempengaruhi manusia dalam keadaan mereka "sedar" yang mereka dipengaruh.

Mengapa saya berkata bergitu..? Kita boleh lihat di depan mata kita sendiri perkara-perkara yang dibawa oleh media terutamanya televisyen sering memaparkan kisah-kisah yang meraka sendiri halalkan sedangkan dalam Islam hukumnya haram. Halal atas tiket "niat mencari rezeki". Tidak usahlah kita menuding jari kepada sesiapa jika masalah sosial sering berlaku dalam kalangan remaja zaman sekarang. Kisah-kisah hubungan percintaan sebelum kahwin dan bersentuhan antara lelaki dan perempuan seolah-olah menjadi alat kebanggaan kepada mereka untuk dipamerkan kepada umum supaya menjadi hiburan dikala sunyi.

Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, mana lagi elok memegang babi atau memegang individu yang bukan muhrim. Ketika itu ilmu didada masih cetek, terus memilih memegang individu bukan muhrim lebih elok jika dibandingkan dengan memegang babi.
Nyata sangkaan saya ketika itu meleset jauh, hakikat yang sebenarnya memegang babi itu tidak berdosa haya perlu samak kerana ia najis tetapi memegang individu bukan muhrim tanpa sebab musabab merupakan satu dosa.

Trend hari ini terbalik, ada orang melayu bergambar memegang babi kecoh satu dunia.
Tetapi ada orang melayu pegang/bersentuhan dengan bukan muhrim menjadi idola kesayangan.Begitulah dunia zaman sekarang, mereka sedar yang mereka dipukau..alasannya anda fikir la sendiri. Saya pasti mereka yang termasuk dalam golongan di atas memegang satu prinsip yang telah dijana oleh mesin pukau abad moden ini. Tak perlu bertekak lidah siapa yang benar siapa yang salah jika Al-Qran dan As-Sunnah dijadikan sumber rujukan ke-3. Rujukan pertama ialah nafsu, rujukan yang ke-2 ialah trend.

Ingatlah sahabat-sahabatku sekalian, dunia ini hanya sementara,tidak adil dan bermacam-macam lagi. Dunia ibarat tempat untuk kita mengumpul dana untuk akhirat. Jadi janganlah kita terpengaruh dengan dunia yang sementara ini. Ingat la sahabat-sahabat nanti di syurga ada juga orang yang akan merasa kecewa. Kecewa kerana mereka mendapat syurga dibawah. Mahukah kita merasa kecewa selama-lamanya..? Mahukah kita diakhirat nanti mendapat syurga dibawah sedangkan kita hanya dapat melihat orang lain mendapat syurga diatas SELAMA-LAMANYA. Sedangkan syurga dibawah itupun tidak terbayang oleh fikiran kita. Jadi kita seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan amalan supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang kecewa.Penghuni syurga diatas boleh melawat syurga dibawah akan tetapi penghuni syurga dibawah tidak boleh melawat syurga diatas. Ingat kehidupan diakhirat ialah selama-lamanya, kehidupan didunia hanyalah sementara.

Sekian dari saya(salah silap tolong betulkan)manusia lemah
751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

maklumat yang bersepah

Posted by Mr. Ben Thursday, June 10, 2010 0 comments


Salam kepada semua pembaca.
Hari ini merupakan hari yang paling bermakna buat anda kerana saya akan tunjukkan cara membuat duit paling efisyen sekali yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana individu sebelum ini. sila download percuma rahsia saya menjana rm2000 sehari dengan online..! // pernah tak anda semua membaca iklan seperti ini..? bagi yang belum pernah membaca iklan sebegini ataupun mereka-mereka yang sungguh bersemangat untuk menjana duit online akan terus mendownload laporan tersebut dan terus membaca..selepas membaca mereka buka facebook..dan terus berchatting dengan rakan-rakan kerana cara yang diajar, malas untuk diprakktikkan..maklumat dah ada tapi malas..banyak sangat dah download cara nak buat duit nye..sampai tak terbuat satu pun daripada cara yang diajarkan..

Mengapakah situasi diatas berlaku..? Sebenarnya kita telah terpengaruh dengan iklan. memang itulah sebenarnya yang penjual mahu..mereka mahu iklan mereka dibaca dan mahu pembaca tidak sabar-sabar untuk membeli barangan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan..Tahniah kepada penjual kerana berjaya meyakinkan pembeli..jika anda merupakan seorang penjual, ilmu sebeginilah yang perlu anda pelajari dan bukannya ilmu "mencari produk yang sesuai dijual di internet"..Akan tetapi jangan hanya manis dimulut tetapi produk atau servis yang ditawarkan macam hampas. Ingat sebagai seorang perniaga kita terdedah dengan berbagai-bagai dugaan dan cabaran, jangan jadikan dugaan dan cabaran itu tiket untuk kita menipu.

Daripada kedua-dua perenggan diatas saya ingin menjelaskan kan kepada anda semua dua situasi:
1)Malas mengamalkan ilmu
2)Silap mempelajari ilmu

Setiap orang tidak semestinya memerlukan maklumat yang sama untuk dipelajari. sebagai contoh newbie seperti saya tidak akan faham jika membaca maklumat untuk "membuat laman web efektif" yang penuh dengan singkatan-singkatan dan istilah seperti html,cpanel,hosting,domain dan berbagai lagi. Saya sudah tentulah mahukan maklumat yang menerangkan apa sebenarnya perniagaan internet, istilah-istilah yang sering digunakan dalam perniagaan internet seperti affiliate,ppc,clickband,paypal,kad debit dan macam-macam lagi. Bagi mereka yang sudah mempunyai produk sendiri sudah tentunya mahukan ilmu cara-cara berkesan untuk memasarkan produk serta mencari prospek yang berkualiti.

Saya mahu tegaskan disini ialah anda harus pandai memilih maklumat untuk dipelajari. Jangan sampai jadi 'information overload'. Terus terang saya katakan saya dulu banyak mendapatkan maklumat-maklumat tentang perniagaan di internet namun hanya sedikit sahaja yang dapat dipraktikkan kerana selebihnya saya tidak tahu dan tidak faham apa yang disampaikan dalam maklumat tersebut.Untuk mengelakkan perkara ini daripada terus berlaku anda hendaklah menilai sendiri diri anda untuk mengetahui tahap anda sekarang dimana.

1)Jika anda sudah berada ditahap penjual belajarlah selok-belok menjual.
2)Jika anda seorang newbie yang ingin tahu tentang perniagaan internet, belajarlah asas-asas dahulu.
3)Jika anda seorang affiliater yang mahukan jualan yang lebih banyak,belajarlah teknik-teknik advance dalam affiliate.dan seterusnya. :)

Cukuplah sampai disini sahaja saya kira.Ingat apa-apa pun anda sendiri yang menentukan diri anda. Yang selebihnya bertawakkal la kita kepada Maha Esa. Jangan berputus asa jika anda serius buat duit online. Saya ingat nak buat ebook lepas nie. Nantikan ebook saya hehe. Salam

751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

Menulis e-book

Posted by Mr. Ben Wednesday, June 9, 2010 0 comments



Salam..dulu gua ade terbeli e-book satu cara membuat duit di internet..
dalam e-book tersebut die suruh gua buat buku pastu jual..gua waktu tu baru abis spm konon-konon nak buat duit la brader..sejak membaca buku tersebut gua langsung tak mempraktikkan nasihat-nasihat yang diberi..biasalah time nak beli tu macam dah takde masa lain boleh beli,trus laju2 bank in duit pakai atm. (gua tak de internet banking tyme tu)Tapi bab membaca dan mempraktikkannya tu memang malas..gua konpius.. Salah satu sebab mengapa gua tak mempraktikkan sampai sekarang adalah sebab gua pening dengan "hakcipta"..

Korang penah dengar tak hakcipta nie..mende nie bukan mende main-main. silap2 korang bley kene bayar pasal mencuri hakcipta..tu yang gua risau. nanti gua tulis buku pastu ade orang ciplak buku gua pastu claim buku tu die yang punye siap die tunjuk bukti lagi. gua nak tunjuk bukti ape..? takkan nak tunjuk baju "saya sayang mak saya" kat orang tu..?

Masalah nie senang berlaku jika korang tulis buku fizikal..kalo tulis ebook gua tak confirm sangat pasal ebook tu dah format pdf dan korang ade banyak bukti yang boleh support karya korang tu..contoh masa korang melancarkan ebook korang di forum2 ke..(masa tu amat penting untuk rekod)

tapi yang peliknya..gua tak pernah dengar pun masalah nie dekat mana2 orang yang jual ebook..gua pun tak tau sangat lagipun baru je lagi..kire newbie la jugak..gua masih muda mencari ilmu ceh..!hehe. apa-apapun gua ade penyelesaian untuk korang semua..
korang boleh baca entri ubi nie klik la weyh dekat sini ubi dah bagi skil-skil nak protect hak cipta

Sekarang gua dah dapat gambaran sikit dalam bekarya nie. Kalo korang semua nak lagi info pasal menulis buku nie korang boleh merujuk di laman web zamri mohamad. Banyak info yang korang boleh dapat kalo join seminar die. Gua rasa dah cramp dah tangan gua nie. Walaupun gua type sikit je tapi gua penat melayan internet tadi. So effect die kene jugak kat tangan gua. Tadi gua pergi kat pasaraya..Gula dah sikit weyh..! baik korang pegi beli gula kalo stok korang dah nak abis..k chow salam. :)


751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

Seminggu di rumah

Posted by Mr. Ben Tuesday, June 8, 2010 2 comments

Salam kepada semua..
Israel memang $%#!@#..!



Gua akan memulakan story gua dengan mengutuk israel..
nie ibarat mukadimah la..memang watahel la israel nie..!(kutuk je ke..?)

hari nie masih belum genap seminggu gua bercuti di rumah..gua tak de la rase best sgt pun duk rumah..rase macam orang laen jugak..tapi gua pelik, entri dalam blog nie tulis kata ganti diri sama ada gua,aku,dan saya..(tak de pelik sgt pun) mungkin disebabkan tajuk entri rasenya..
kalo bercerita mengenai diri gua sendiri..gua lebih selesa menggunakan 'aku'
kalo menceritakan tentang perihal yang lebih santai gua lebih selesa menggunakan'gua'
kalo tentang nasihat dan juga ilmu yang boleh dikongsi bersama gua lebih suka'saya'..

berbalik kepada cerita gua..gua ade banyak plan yang hendak gua laksanankan pada musim cuti nie.

1)sentiasa mengupdate blog ditahap satu hari satu post
2)sembahyang jemaah paling koman subuh dengan magrib
3)gua nak buat research skit pasal bisnes gua
4)gua nak beli domain ngan hosting sendiri
5)gua nak ada website sendiri
6)gua nak buat kajian mengenai event yang gua kene handle
7)gua nak melancong beb.

Plan nie gua nak tengok sejauh mana boleh dicapai bile cuti dah abis..
memang boleh runtuh klcc kalo diikutkan gua punye plan..tapi gua rileks beb..
aiming the pluto touch the venus..!

Sabtu arituh gua pergi hantar adik gua kat airport. Pastu ternampak ada kumpulan memakai baju kontijen sabah. Gua tertanya-tanya..ade apa kes nie..? ade sukan rakyat ke..? baru gua teringat sukma dah dekat..gua asyik alert ngan isu global..terlupa pulak isu tempatan..gua silap beb. Sukma tahun nie kat melaka..ape lagi gua memang support kontijen pahang la walaupun kebarangkalian seri lebih banyak daripada menang. Anyway pahang semoga sukma tahun nie kite pegang..(poh paleh weyh..!)


Gua rasa sampai disini sahaja yang dapat dicoretkan. Besok ade tugas besar perlu disettlekan. gambar kat atas nie gambar yang kene kita boikot.tetapi memang tak dapat dinafikan setengah2 nya payah kita nak boikot..tapi gua cube try..! k chaiyok brader-brader semua salam..



751B17AAF3FE01A8905F9AA063423AF5

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)