Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



jauh perjalanan luas pemandangan (versi ke-2)

Posted by Mr. Ben Sunday, December 27, 2009 0 comments

Dah-dah ko ingat lalu tol bukit beruntung tu untung sangat la..pangkah tam secara kejam dan tidak mempunyai hati di perut..aku hanya menundukkan muka aku yang hensem..ye la aku kan saving takkan la nak ikut tol sungai buluh..mahal la skit..jawabku dengan nada seperti berbisik...ahh ko memang cakap lepas zohor nak gerak..last2 dekat asar baru nak gerak..abis aku lewat sampai rumah..ye la aku kan cakap lepas zohor boley pukul 1,2,3 mahupun 4 balasku masih lagi dalam keadaan seperti berbisik.. marah tam akhirnya dibendung apabila kami bergerak meninggalkan kawasan stesen keretapi Rawang itu

ini gambar stesen keretapi mane ntah aku pun tak sure sangat

sebenarnya tam a.k.a izham kamil tidak pernah melalui jalan yang aku gune untuk balik ke pahang..tam biasa gune jalan exit kat sungai buloh..(die biase gune ke..?) jadi beliau terpaksa mengekori kereta aku untuk pulang ke pahang menggunakan jalan yang lain..dah stop cerita bab jalan..bukannye nak jadi drebar lori pun..kami melalui jalan agak sibuk dekat bandar baru selayang yang meyusur ke batu caves..keadaan pemandu-pemandu kereta yang agak biadab membuatkan aku lebih berhati-hati (lebih drpd biasa) maklumlah jalan key ell bahaya skit..tu pun tak masuk lagi bandar key ell..

perjalanan kami diteruskan sehingga kami masuk ke lebuh raya pantai timur..cahaya bergemerlapan di dalam kepalaku pada waktu itu..sinar-sinar kebahagiaan (bukan sinar harian ataupun sinaran pasport kegemilangan) bekerdipan di dalam sanubariku kerana "pahang here i come babeh..!"hahaha...sape tak rindu kat kampung woo...kepala ku dah ngantuk sebenarnya waktu tu..seb baik la kakak aku tu pandai jugak bawak kete..aku dan dia(tam) saling kejar mengejar di kaki genting highland sambil berbalas-balas msg

tam: ko kat mane weyh
aku: aku depan ko ahhh
tam: hahah takpe nanti aku keja ko balik..
aku: keja la keja la keja la (metafora drpd penulis)

dan sewaktu kami berpisah di petronas karak aku tak berhenti pun teman tam hehe..sebenarnya aku conpius..aku ambil jalan side kat belah kanan skali so nak kona masuk simpang petronas dah tak sempat..jadi convoi kami berakhir disitu..

kereta ketika tam memotong

pemandu berhemah(sangat berhemah)


lori yg last post patut mencontohi lori ini

awas ye adik2 kenderaan lebar

and last but not least..dulu saya pakai ex-5 sekarang saya pakai 5-series






ps*kepada tam dan semua yang rase die terlibat, cerita ini mengandungi unsur metafora dan perumpamaan lebih kurang yang agak kronik..jadi stay cool... =)


Pada 27 aribulan nov yang lalu aku telah pulang ke halaman rumahku di kuantan pahang, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam (membawa dengan slow) itu dihiasi dengan pelbagai peristiwa yang mewarnai hari pulangku. tam yang juga membawa kereta sama seperti ku iaitu perodua kancil memecut slow pada kelajuan 90kmh/jam kerana dikhuatiri ade polis-polis yang menangkap gambar kelakuan kami..memang tak dapat disangkal lagi naluri lelaki seperti tam itu memang buas..walaupun sudah diingati oleh bapaknya (tam anak bapak) beliau tetap memecut secara mengkerbau buta yang selalu berkeliaran di tepi jalan sebelum tiba di tronoh..sungguh degil budak tam nie..kami tiba di tol bukit beruntung pada waktu lewat petang.

Pada waktu itu pekerja-pekerja daripada kilang perodua sedang berlumba-lumba ke rumah masing-masing kerana mendapat berita yang rumah mereka sudah berlari meninggalkan mereka. berita yang disampaikan itu menyebabkan jalan menjadi sesak sehingga ada yang menggunakan alternatif lain. Sejurus selepas itu aku dan tam pergi menunaikan solat di mana ek aku pun dah lupe..ade la masjid ke surau area2 situ..kemudian kami menuju ke stesen keretapi rawang..disana aku diyakinkan oleh kakak ku untuk tiba di stesen rawang pada pukul 5pm tetapi oleh kerana driver train itu cirit-birit agaknya menyebab train terpaksa ditunda sehingga menyebabkan kekusutan dan kesibukan di key ell sentral. akhirya kakak ku tiba juga di stesen keretapi rawang dalam agak-agak pukul lapan. tam yang daripada tadi dimarahi oleh ayah die kini sedang "panas" kerana aku dan kakak ku singgah pulak makan..menambahkan lagi masa untuk tam pulang ke rumah...at last lepas makan kitorang pun bergerak la...dan aku berpisah dengan tam dekat petronas karak heheh korang tau kan kalo penah pegi la..

Pada pendapat aku perjalanan yang memenatkan itu sangat best wacakaplu hahaha..dibawah ini ade la skit gambar-gambar yang sempat diambil waktu driving hehe. Bersambung.....


kereta tam kancil yang ade cermin belakang ganas tu

saje je tangkap gambar signboard


bahaya betul la lori bawak batu nie...takut aku..

Puasa di Bulan Muharam

Posted by Mr. Ben Thursday, December 24, 2009 0 comments



Dari Buku Al-Futuhat al-Haqqaniyyah oleh Shaykh 'Adnan Kabbani (Damaskus)

1. Hadist Narrasi dari Ibn al-'Abbas r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapa saja yang berpuasa dihari akhir Dhul Hijjah dan berpuasa dihari pertama Muharram, maka dia seperti berpuasa sepanjang tahun sebelumnya dan Allah swt memberikan ganjaran pembebasan dosa selama 50 tahun."

2. Hadis Narrasi dari Anas r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapapun yang berpuasa dihari Jumat pertama di bulan Muharram, maka Allah akan memaafkan dosa tahun yang terdahulu, dan siapapun yang berpuasa tiga hari dibulan Muharram - Kamis, Jumat, dan Sabtu, maka Allah akan menuliskan pahala beribadah selama 900 tahun."

3. Hadis Narrasi dari 'A`ishah Ibu orang Mu'min r.a. bahwa Nabi s.a.w. berkata, "Siapapun berpuasa disepuluh hari pertama di bulan Muharam sampai dengan hari Asyura, dia akan diberi ganjaran Surga Firdaus."

4. Puasa 'Asyura adalah sunnah Mu`akkadah, yaitu sunah yang sangat tinggi nilainya dan dianjurkan. Ketika Nabi saw melihat orang Yahudi berpuasa di hari Asyura di Madinah, Nabi saw bertanya untuk apa kalian berpuasa, dan mereka berkata bahwa hari Asyura adalah hari dimana Nabi Musa as dan bani Israil diselamatkan Allah dari kejaran Firaun. Maka Nabi saw berkata, Aku lebih berhak kepada Nabi Musa as dari pada kalian kaum yahudi, maka Nabi saw puasa dihari itu dan memerintahkan ketaatan. Ini adalah bagian hadist yang diriwayatkan dari 'A`isyah r.a.

5. Nabi saw berkata, Siapapun yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram), Allah akan menuliskan untuknya ganjaran seribu tahun doa dan pahala umur seribu tahun, dan dikaruniakan pahala seribu syahid dan pahala setara dengan Nabi Isma`il a.s., dan dituliskan untuknya 70 Istana disurga dan mengharamkan darahnya dari api neraka."

6. Dalam hadis yang lain Nabi saw berkata, "Siapapun yang berpuasa dihari Asyura dia akan diberi ganjaran pahala puasa 1000 malaikat. Dan siapapun yang membaca al-Ikhlas "Qul Huwa Allahu Ahad" seribu kali [1000] pada hari 'Asyura, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan Rahmat dan akan ditulis padanya diantara para Siddiqqin [Orang yang Jujur dan Benar]."

7. Didalam hadis yang lain Nabi s.a.w. berkata , "Berbedalah kalian dengan kaum Yahudi dengan berpuasa satu hari sebelum Asyura dan berpuasa di hari Asyura ( 9,10 Muharam). "

8. Siapapun yang solat sunah 'Asyura [4] empat rakaat sunnah dihari 'Asyura, dimana masing-masing rakaat setelah fatihah dibacakan 11 kali surat al-Ikhlas "Qul Huwa Allahu Ahad", maka Allah akan menghapuskan dosanya selama 50 tahun dan akan dibangun untuknya Mimbar dari Cahaya. Dan siapapun mandi suci (gusl) pada hari 'Asyura, maka dia tidak akan sakit pada tahun itu kecuali sakit yang menyebabkan kematian dan siapapun yang memakai celak mata (Kuhl) dimatanya maka dia akan dibebaskan dari sakit mata selama setahun penuh.

9. Doa 'Ashura: dengan membaca "Hasbun Allahu wa ni'mal wakil, ni'mal Maula wa ni'man Nasir" [70 x], dan membaca : "Hasbun Allahu mil-al Mizan wa muntaha-l 'ilma, wa mablaghal rida, wa zinatul 'arsh, la malja-a wa la manja min Allahi illa ilaihi. Subhan Allahi 'adada-sh- shaf`i wal 'arshi, wa 'adada kalimati Rabbina-t taamma! ti kulliha. As-aluka-s Salamata bi Rahmatika Ya Arham Ar-Rahimin, wa la hawla wa la quwwata illa billahil 'Aliyyil 'Azhim. Wa huwa hasbii wa ni'mal wakil, ni'mal Mawla wa ni'man Nasir. Wa Sallallahu 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi ajma'in." [7 x].

10. Jika sejam sebelum Azan Magrib dihari menjelang Asyura mereka duduk menghadap kiblat dan menyelsaikan amalan harian Tariqah dan kemudian bertawasul kepada Sayidina Husein ra dan para Syahid/Syuhada Perang Karbala yang pada hari itu meninggal syahid bersama dengan Sayyidina al-Husayn ra maka Allah akan memberikan kemurahan hatiNya. Dan setelah berbuka puasa maka hadiahkan puasa dan bacaan dzikir harian tadi kepada Nabi saw untuk pembukaan samudera rahasia pada tanggal 14 Muharram.

11. Merupakan tradisi dari ajaran Mawlana Sultan al-Awliya' Shaykh 'Abdullah al-Daghistani q.s. untuk berkurban 2 domba/kambing pada hari Asyura dan dibagikan kepada orang miskin.

Diambil dari Al-Futuhat al-Haqqaniyyah oleh Shaykh 'Adnan Kabbani

Siapapun Amat Sukakan Kerja Kerajaan!

Posted by Mr. Ben Monday, December 21, 2009 0 comments

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
[klik sini]

doa awal dan akhir tahun

Posted by Mr. Ben Thursday, December 17, 2009 0 comments

sedar tak sedar kite selangkah masuk ke tahun baru kelendar islam
awal muharam..jadi aku disini nak provide doa..
nie pun aku amek kat internet jugak copy paste je..smoga bermanfaat..


bacaan selepas asar



bacaan selepas magrib



kusyuk

Posted by Mr. Ben Saturday, December 12, 2009 3 comments


Bismilla-hirrahma-nirrahim. Alhamdu lillahi rabbil 'alamin

assalammualaikum...
solat adalah mende penting dalam hidup kita sebagai seorang muslim..
solatlah yang membezakan antara muslim dan yang bukan muslim..
solat juga dapat mengelakkan kita daripada membuat perkara kemaksiatan..
solat merupakan modul pentarbiahan paling penting.
solat nie terbahagi kepada dua iaitu zahir solat dan yang kedua batin solat..
aku tak nak bincang la tentang zahir solat nie..
aku cume nak bincang tentang batin solat je..
tu pun dalam bab kusyuk dalam solat..
kusyuk pun ade banyak cara nak capai ke tahap itu..
tapi aku nak bagi maksud ucapan-ucapan kita dalam solat..
sebab salah satu cara nak kusyuk ialah dengan memahami maksud2 ucapan dalam solat kite tu..
nie hanya tadabbur ayat sahaja..nak tahu tafsir die betul-betul kene rujuk ustaz dan kitab..

ok kite mulakan dengan doa iftitah
Allah maha besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. sesungguhnya sembahyangku, ibadatku,hidupku dan matiku kuserahkan hanya kepada Allahseru sekalian alam. sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang islam.

doa qunut
Hai Tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah Engkau tunjuki. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin.Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara -perkara yang telah Engkau telah qadhakkan (hukumkan) Maka bahawasanya Engaku telah menghukum bukannya engkau Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. Dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagi-Mu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. Dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepad Engaku. Dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummiy (tidak tahu membaca), dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

al-fatihah
aku tak tulis la die punye bacaan..korang pun mesti r dah hafal...

Dengan nama Allah yang maha pengasih, maha penyayang (1)
Segala puji-pujian bagi Allah, tuhan seluruh alam (2)
Yang maha pengasih, maha penyayang (3)
Pemilik hari pembalasan(4)
hanya kepada engkaulah kami sembah dan janya kepada engkaulah kami mohon pertolongan(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
(iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat(7)

ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha agung dengan sifat kepujian-Nya

ketika i'tidal
Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya..ya Tuhan kami Bagi-Mu segala puji.

ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dengan sifat kepujian-Nya.

ketika duduk antara 2 sujud
Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezki, berilah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.
*afiatkanlah nie aku pun tak confirm maksud die..nanti aku tanye org lain dlu..kalo korang tau bg la tau aku..

Tahiyat awal
Segala ucapan selamatt yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad

Tahiyat akhir
Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatan -Nya. dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

ketika salam
Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.





nie aku rujuk buku
yang ditulis: Ahmad Sonhadji Mohamad
tajuk buku: Mari Sembahyang (perempuan)
penerbit: Syarikat Binyahya

segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan kepada saya..wallahua'lam

assalammualaikum
*kalo ada salah silap bley la bgtau aku..

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)