Hidup Islam,Hidup Melayu,Hidup Malaysia



10 wAsiat HasAn Al-banNa

Posted by Mr. Ben Friday, September 11, 2009


kali Nie guA rasE cam naK kongsI ilMu sikit dAripada aPa yg Gua dapaT smaLam..
nie diE waSiat DariPada Hasan Al-baNna....

1)apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun kerana di situ terletak sumber kejayaan

2)Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atau berzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia

3)Berusahalah sedaya-upaya untuk menguasai bahasa Arab. Kegagalan menguasai bahasa Arab merupakan satu malapetaka bagi umat islam
4)Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan
5)Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6)Jangan banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara

7)Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar
8)Jauhi daripada megumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan

9)Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah bekasih sayang dan berkenalan

10)Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, dan singkatkanlah masa perlaksaan sesuatu perkara, lakukan ia seringkas mungkin, tetapi juga tepat.

Semoga WasiAt niE MemberIkan Kita keseDaran..Maklumlah manusia Itu siFatnye Pelupa..Iman pUn tuRun dan Naik..

chow salam....


2 comments

  1. poksudaus Says:
  2. cantik :D

     
  3. Mr. Ben Says:
  4. thanx2 :)

     

Post a Comment

klik play bro

Saff one-nur di hati.MP3

This mp3 found @ weblagu.com
Selamat Datang ke Blog Saya Yang Biasa-Biasa Nie :)